Showing posts with label awesome moment. Show all posts
Showing posts with label awesome moment. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Broga Hill Part 2

Salam.

Entry kali ni lambat 2 hari. Ye, sorry, demam lah. Haha. Kisah dongeng yang ni berlakunya hari Isnin, 26 Disember 2011. Wani, cousin terpaling rapat aku ajak pergi Broga Hills dengan Mr. Boyfie and the gang. Dorang ni aku kenal cecamtu je. Haha.

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 4 pagi. Naik kereta Myvi kepunyaan Enchek Fauzi. Total kitorang semua 6 orang. Memula hampir sesat sebab terlepas satu simpang nak ke Semenyih. Tak boleh salahkan iPad jugak kan. Haha. So, kitorang pun gunakan cara manual, tengok signboard. Heh~

Jalan punya jalan, lebih kurang pukul 5.30 pagi baru sampai. Gelap gulita kat ladang sawit tuh. Ouh, before tu, solat Subuh tak tinggal ok. Keluar balik dari parking, and cari Petronas untuk solat Subuh and beli apa yang patut. Kira plus minus pukul 6 pagi jugak la start naik bukit tu.

Sebabkan sorang pun tak bawak torchlight, masing-masing guna apa yang ada. Ada guna handphone, and ada yang guna iPad. Haha. Bila matahari dah start naik, apa lagi, bergambar sakanlah! Ouh angin kat atas tu sangat kuat. Nasib baik tak terbang. SERIUS!


First picture :)


"-.-

Ni la cousin aku, Wani R. :)


Ni baru nak siang. 


Ceria kan? :)


Abang cameraman yg kat depan sekali. Haha. 



Haziq aka Aaron Haziq.


Ok, dah terik. -.-


Macam tengah menari pun ada jugak.


View from stage 2. Sikit je ni.

Thank you abang cameraman. Cantik awak edit. :D


YOU GUYS ARE AWESOME! 

Wednesday, October 26, 2011

Disaster Drill, Ampang Puteri.

Assalamualaikum dan Selamat Hari Deepavali.

Disaster Drill practice ni berlaku semalam 25/10/2011. Aku lambat update sebab aku demam malam tadi main hujan. Haha. Percayalah cakap aku.

Ok, back to topic. Disaster Drill ni satu practice untuk staff dalam handle situation emergency macam ni. Semua yang terlibat staff A&E, OT, doctors on call, by right mesti ada Anaesthetist, dengan Medical Officer. Situation dia kereta MPV langgar kereta MPV, so victim ada 14 orang. Group 38 dengan bangganya join jadi victim accident ni.


Mangsa accident. Ngeri tak?

Haha. Dari kiri Farhana, victim yang epistaxis, Ani Farahin, victim ibu mengandung G2P1 32 weeks having PV bleeding, Linda jadi mayat, last sekali aku yang ada cerebral concussion with severe headache with vomitting plus plus. Hebat tak make up artis? Tak boleh order kat luar, dalam hospital je ada. Hahaha.

Apa kena buat? Kitorang kena berlakon! No practice at all, buat on the spot. Giler lah. Ada 3 ambulans, dengan 3 kereta (passer by) yang bawa victim ni. Siap ada polis traffik lagi. Awesome habis. Kat hospital ada media, relatives victim yang menangis, dengan announcement first Code Yellow Standby, second one Code Yellow Stand Down. Situation kat A&E tu memang giler chaos! Kelam kabut giler.

Memang kelakar, rasa nak gelak kuat kuat. Hahahaha. Nak buat macam mana, kena berlakon real punya. Aku punya part takyah cakap la. Nak muntah, sakit kepala bagai. Hahahaha. Nasib dalam video tak nampak cene aku keluar dari kereta. Kena peluk dengan Sister weyh. Hahaha.

In the end, semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Gambar tak banyak ambik kat phone aku. Camera hospital yang ada banyak gambar kitorang. Nanti ler cilok kat diorang. Overall, memang awesome habis. Siap nak kena lempang dengan Kak Iman.

Thanx for reading sweethearts.

p/s : Gambar Michelle takde sebab aku tak suka dia. HAHA

Monday, October 17, 2011

Hari Bersama Pesakit.

Salam semua.

Last day kat sini, group KPJIUC dengan SEGi Damansara sama- sama kena organize event Hari Bersama Pesakit. Point event ni untuk merapatkan lagi hubungan kami semua. Bukan setakat menjaga patient di ward.

Kami ada masa 2 minggu saja untuk organize. Hampir tiap- tiap hari meeting dengan leader SEGi, yg bahasakan diri dia Kakchik. Kitorang kena buat game dengan persembahan haritu. Sebab kan aku leader kat sini, agak stress untuk organize group ni.

Macam- macam perangai ada. Pasal buku cross, contact hour, mc semua nak kena submit kat Sister. Tapi Alhamdulillah, kawan- kawan banyak tolong and sporting sangat. Walaupun aku busy time event tu, dalam masa yg sama aku enjoy kita punya show. Hahaha. Tang Bollywood tu, sesape yg tau korang diam. Hahahahahaha.

Sebabkan aku tak boleh nak upload gambar patient kat sini, so aku boleh upload gambar group KPJIUC dengan SEGi Damansara saja. Walaupun mereka ada masalah mental, mereka tetap bermaruah.

Harris mc from KPJ, Chaca mc from SEGi

Wakil pelajar KPJ *tak kenal*

Wakil pelajar SEGi, Kakchik :)

Aerobik, by Michelle, KPJ

Tarian Melayu from SEGi

Choir from KPJ.

Choir from SEGi

Sister Latifah and Miss Sangetha

Gambar KPJ & SEGi

Konon nak amk gambar lompat, tp ni je yg elok.

Hihihi. Best tau last day kat sini. Tahniah Group 2 Permai, tahniah juga kepada group SEGi Damansara. :)

Thursday, October 6, 2011

Hospital Permai, Tampoi

Salam semua.

Dah lama rasanya tak update blog. Lappy belum ada lagi la. Sekarang ni kat Johor, untuk posting psychatric kat Hospital Permai, Tampoi. Kitorang kat sini 2 minggu je.

Harini hari ke-4 kitorang posting kat sini. Dalam masa 4 hari lah aku dah jumpa macam-macam jenis patient. Memang mencabar beb.

Dalam ward yang hampir normal, majoriti patient ada schizophrenic. Tatktau apa tu? Enchek Google kan ada. Ha, kat ward ni la aku gelak dari pagi sampai ke petang. Penat gelak je dengan kerenah diorang. At the same time kesian kot kat dorang ni. Family member jarang jenguk diorang ni. Kesian sangat. Serius, duduk dengan dorang ni memang giler. Hahaha.

Kat ward yang teruk sikit pulak, bising daripada sebelum ni. Ward ni pula untuk patient yang mental retard. Taktau jugak apa tu? Sila lah Google ye. Kat sini walaupun patient cakap mandarin ke, tamil ke, hokkien ke, kitorang layan je. Patient sini kalau comel, comel betul. Bila time marah, semua kerusi di baling. Hahaha. Ada yang cakap super duper massive laju! Tak paham apa yang dia cakap. Lagi satu, dorang ni kalau pasang je radio, mula lah menari and menyanyi depan radio. Comel je.

Ok, next week, 14 October ada Hari bersama Persakit. So kat sini ada group KPJIUC dengan Segi College. Kitorang kena conduct event ni sesama. Memandangkan aku leader untuk group ni, so kepala otak aku memang serabut lah. Elok sangat kalau aku nak admit. Hehehehe.

Dah, aku nak g gadoh kat Osman. Okbye!

p/s : They are not bad as what you think. Instead, they are AWESOME !

Monday, January 10, 2011

aku dah handle psychatric patient.. whoa!

patient yang lebih muda dari aku.. admit kat ward sebabkan peptic ulcer disease.. di sebalik penyakit itu... ghupenye, MD itu ada masalah mental..


kasihan.. baru belasan tahun..


tiba tiba dia menjerit and menangis sekuat hati.. terus cabut IV drip, and melompat dari katil.. semua patient keluar dari bilik masing masing..


sebelum MD sempat keluar dari bilik, aku dan 3 orang lagi staff, pegang tangan MD kuat kuat.. dia pulak tendang sana sini, cakar cakar orang.. habis aku pun dia tendang sekali.. sakit la siot !!


ward terpaksa ditutup.. staf nurse inchrage call security.. dan aku bagaikan punch bag.. wuu..


medicine nurse, terpaksa bagi IM pethidine dengan IM phenergen.. sila google kalau nak tahu..


hmm.. camni rupenye patient yang ada masalah mental.. kesian sama MD.. nasib baik la, aku sempat tutup pintu ward.. 

kalau tak, kena kejar la MD tu.. haih..

Friday, December 31, 2010

bubbye 2010.. hello 2011 !

erm.. untuk entry akhir tahun ni, aku just nak brief apa yang dah jadi sepanjang tahun 2010 ni.. huhu.. tahun depan umur dah ada no 2 kat depan... takde lagi no 1.. wuuu..

tahun ni aku start new life.. dah takda lagi garang garang, marah marah.. lebih open minded.. erm.. hopefully capai la jugak azam 2010 aku tu..

so, azam 2011.. cam bese, nak cari boypren yang boleh belikan aku DSLR.. ngahahahaha!!! kalau mama baca ni menjerit dia.. cess..

ok2.. aku nak jadi better dari dulu.. taknak ulang kesilapan yang sama.. kesilapan itulah yang mengajar kita pasal kehidupan.. huhu..

erm.. takda mood nak berfalsafah.. thats for this year.. tahun depan aku update lagi ye..

Wednesday, December 29, 2010

mane ?

mane aku pergi? pergi selesaikan apa yang patut.. haha.. aku dah dapat lesen ! yahoo !! at last, after 2 kali fail jalanraya, lulus jugak this time ! leyh la drift drift lepas ni.. ececce.. kereta pun takde.. haha..

so, sepanjang ni aku kat rumah dayah daud atau kokopoko.. enchek daud la yang ajar aku kat driving school tu.. huhu.. aku, fify, dengan sahara stay rumah dayah.. meriah sikit rumah beliau.. hehe.. uncle pulak rajin bawak kitorang pegi outing.. macam macam aktiviti dorang bawak.. huhu..

kitorang pegi pancing ketam.. malam malam especially sebab air pasang.. pancing atas tembok je.. huhu.. kat pantai tanjung gemok.. entahla betol ke tak eja nama tempat nih.. hihi.. dapat la gak dalam 7 ekor ketam.. kat kolumpo ni mane ade pancing pancing ni.. haha

masak crabby patty

lepas tu, hari isnin test JPJ.. so petang isnin gi pantai pulak ! yeah !! dah lama giler nak pergi pantai.. lepas gak kempunan.. aku takde la mandi manda kat sana sebab ada ramai lelaki.. i malu laa~

siput ni tgh mengawan.. ngehehe


tak reti la main tingting.. wuu~

main main industan kejap.. ahaha

with aunty sheila :)

dayah, fify, n saya..

xnampak ke-sunset-an

haha.. whatever pun, memang enjoy g sana, takde makne nak penat and Alhamdulillah, dapat gak lesen...


p/s : daddy, belikan wafa kete!

Friday, December 24, 2010

Broga Hill


TRIP TO BROGA HILL

credits to harris :)

aku memang tak bley dok diam.. ada je plan atau aktiviti outdoor.. kali ni pergi panjat Broga Hill plak.. ni kolej punya trip.. time ni hari Ahad, 19/12/2010.. yup, semalam nye pergi Muar, ni panjat memanjat pulak.. terbaek!!

memang sangat best view kat sini.. rugi sesangat sape yang tak pergi.. haha.. bas gerak from hostel kul 6.30 pagi.. mate sume bengkak bengkak, sembab sembab.. maklumlah, kul 5 dah kena bangun.. ceh, macam tak bese lak.. haha.. entry ni, tak nak banyak cakap, just nak bagi kawan kawan enjoy pics yang aku dah amk..

view from the fes hill


ni pak guard hostel kami

wakil group 38~

daki! daki! daki!
whats so funny ? haha
hasil tangan saya

p/s : aku photographer lagi.. dats y gambar aku selalu tak banyak.. wuu~ last but not least......


this is candid.. seriously~

exam? next is muar !

walaupun dah hampir seminggu benda ni hepen, aku nak story gak.. enchek berokban suke buat masalah disiplin.. kali ni, mau story pasal hari sabtu lepas 18/12/2010.. pagi tu kami 38 ada exam GastroIntestinal Tract (GIT).. plan ni agak last minute.. huhu..

memula exam pagi kul 9 sampai kul 11 canggitu lah.. komudian, aku, dya nadya. noha, apek wan dengan si sexy beast harris off to muar, johor!! hahaha.. watpe kat sana? tujuannya, noha nak attend jiran dia a.k.a kawan time kekecik dulu kawen.. huhu.. lagipun, rumah noha ni memang pure kampung.. super duper best !! kitorang gerak from kolej teros ke muar.. yup, with uniform.. huahahaha! buktinya... ada 1 je.. sebab malu la pakai uniform~

kat rumah noha :D


ok, ni baru sampai.. agak tekinja kinja sikit tengok kerusi rotan.. huhu.. lepas tu, siap ! pakai lawa lawa untuk ke kenduri kawen.. tetapi, apek wan takde sebab beliau la photographer nye..

ok, da siap~
 seronok tengok wedding kat kampung.. makanan catering tu, pergh! terbaek ! memandangkan aku ni perempuan, so aku makan ala kadar saje.. kalau ikut kan hati, nak je tambah nasi minyak macam nak cari gadoh.. part ni, takde pic ye.. haha.. atas dasar kemanusiaan, aku tak jadi la upload..

orait, next is sawah.. aku memang dah lama mengidam nak pegi sawah.. huhu.. apa lagi, dah macam model kitorang kat sana.. tai gambar aku tak banyak sebab aku jadi camera girl macam biasa, walaupun guna camera DSLR apek wan dengan harris giler..

kami berlima.. camera di atas kasut saya.. "- -


banyak sangat gambar nak upload ni.. time ni terasa sangat seronok! huhu.. nanti nak pergi lagi la.. next is gunung ledang..

 
credit to harris :)


dengan kaki ayam dan camera


p/s: tengah syok sendiri ambik gambar, ada 2 orang budak kampung lalu kat situ naik motor sambil cakap, "NI MESTI ORANG BANDAR"