Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Lelaki idaman


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin
 
Biarpun wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah, namun terdapat beberapa tip utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.

Berikut adalah tip daripada Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali.
  1. Jadi seorang lelaki sejati
  • Tidak perlu tampil gagah perkasa tetapi maksud sejati yang diidamkan wanita adalah berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati.
  • Katakan dan luahkan yang benar, bukan menyembunyikan fakta hingga yang dusta mewujudkan duka.
  • Mampu menjadi ketua, ketua yang mampu melindungi.
  • Mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan wanita.
  • Wanita juga tidak suka ditipu dan didustai. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau bohong sunat. 
  • Biar kenyataan itu terlalu pahit, nyatakanlah ia kerana wanita boleh memaafkan kesilapan tetapi tidak mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. 
 
 2. Ambil berat dan prihatin
 
  • Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya.
 
  • Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatan, emosi, ujian kehidupan, perkara kegemaran malah cerita-cerita lucunya. 
 
  • Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.
 
3. Komunikasi unggul
 
  • Wanita ingin sentiasa didampingi, secara emosi.
 
  • Sentiasalah bertanya khabar. Penantian tanpa sebarang maklum balas boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan.
 
  • Sentiasa berterus terang, jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana ketika itu anda perlu lakukan sesuatu yang lebih penting.
 
  • Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada.
 
4. Terima dia seadanya
 
  • Terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah.
 
  • Wanita sanggup berusaha sedaya upaya melakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain.
 
 

Friday, July 29, 2011

Hukum Puasa: Adakah Sah Puasa Jika Meninggalkan Solat?

Salam semua.

Beberapa tahun lepas, aku pernah tanya mama, 
"Ma, kalau orang tu tak solat tapi dia puasa, apa hukum dia?"

Mama diam sekejap, lepas tu dia pun jawab,
"Hmm. Puasa dia sia- sia. Rugi je tahan lapar haus, tapi tak diberkati, tak dapat pahala.. Rugi serugi- ruginya."

Ok, aku buat research pasal ni. Aku tengok kawan- kawan aku sendiri ramai yang macam ni. Solat tinggalkan macam tu je, tapi puasa. Rajin puasa pulak tu. Siap bayar nazar lagi. Pergh, kalah aku woi ! Dorang lebih beratkan puasa daripada solat. Bila tanya jawab puasa. Bila ajak solat cakap nantilah. Haih.

Dalam Rukun Islam sendiri, yang kedua adalah Solat, ketiga baru lah Puasa. Dedua ni wajib ditunaikan. Jadi, berbalik pada soalan di atas, macam mana hukum sesorang itu? Dedua wajib, tapi satu tak ditunaikan. Aku pun blur pasal ni.

Jawapannya...

Pendapat yang rajih (majoriti, utama, berat), orang yang meninggalkan solat secara sengaja, ia menjadi kafir dengan kekufuran yang nyata. Kerana itu, puasanya tidak sah, demikian pula ibadah-ibadah lain yang dilakukannya sampai ia bertaubat kepada Allah.

Solat tu kan wajib. Kalau ditinggalkan dengan sengaja maka sesorang itu telah kafir. Sebab tu lah puasa tu sia-sia. Setakat tahan makan minum. Berlapar dari pagi sampai petang, takde pahala pun. Alangkah ruginya!

Ramadhan dah dekat. Kita tak tau mungkin Ramadhan kali ni yang terakhir buat kita. Oleh yang demkian, Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak. :)

Tuesday, July 12, 2011

Perempuan cantik

Salam. Tadi tertengok video ceramah pasal kahwin. Kawan yang pasang ok. Hahaha. Ceramah tu memang syiok habis! Kelakar sangat-sangat sampai aku dah tak rasa tengkuk aku tengok gaya Ustaz tu. Aku tertarik dengan apa yang dia cakap pasal perempuan. Perempuan nampak cantik apabila:

Pakai tudung.
  • Mama pun pernah cakap macam ni kat aku. Mungkin ada betulnya. Aku dah tengok jugak depan mata. Baru aku terbuka mata sikit. Hahaha.Lampi nya aku.
Pada waktu malam
  • Ini aku tak pasti lah. Tapi, kalau tengok betul betul, amati elok-elok. Setuju jugak dengan idea ni. Aku taknak cerita banyak pasal ni. Yelah kan. Perempuan,  malam. Bahaya tu!
Semasa mengandung
  • Haa. Ni memang nampak sangat. Seseorang tu nampak naik seri muka. Hahaha. Makin excited pulak aku nak kahwin. Ceh.. 
Konklusinya
Uniknya perempuan! Alhamdulillah. :)

Saturday, June 25, 2011

A Valuable Lesson

From Islamic Thinking :

Today's Story is called 'A Valuable Lesson'

One day, a rich father took his son on a trip. He wanted to show him how poor someone can be.

They spent time on the farm of a poor family. On the way home, father asked, Did you see how poor they are? What did you learn?

The son replied, "We have a pool, they have rivers. We have lanterns at night, they have stars."

"We buy food, they grow theirs. We have walls to protect us, they have friends."

"We have encyclopaedias, they have the Quran." Then he added: "Thanks Dad for showing me how poor we are."

LESSON: It’s not about money that makes us rich, it’s about simplicity & having ALLAH in our lives.

Tuesday, April 19, 2011

undefined

18 April 2010..
satu tarikh yang keramat..
tengok sendiri depan mata..
10 jam non stop..

SubhanAllah..
6 jam aku dan kawan kawan..
struggling sehingga tak terdaya..

suara, rupa, tenaga..
bukanlah seperti dia..
berkali kali membaca apa yang patut..
bega bena kate orang..

dah koyak, dah bocor..
masih degil..
ulang ayat yang same..
hilang suara, hilang tenaga..
kuatnye dugaan awak..

terngiang ngiang..
terbayang bayang..
tidur terganggu..
Ya Allah, aku berlindung di bawah kalimahMu..

Monday, April 18, 2011

everyone made mistakes

sebenarnya, aku dah ngantok ni.. tapi nak update gak..
lappy baru tak dapat lagi..
so still guna kawan punya..
aiyoo..

aku ada buat salah..
tersilap langkah katakan..
and aku nak tebus balik..
padan muka aku !

ni berkaitan halal and haram..
aku tak cakap ni haram ni halal.,
aku cuma was was..
 
oleh yang demikian..
aku buat research.. jumpa blog ustaz nih
Alhamdulillah.. segala persoalan aku terjawab..

well, aku anggap ni satu ujian..
untuk dekatkan diri lagi dengan Allah..
mungkin aku dah tersasar..
mungkin aku dah lupa diri..
sebelum aku jauh tersasar..
baik aku balik ke jalan yang benar..
ke tempat asal..

biar aku susah..
asalkan aku tau benda tu..
aku tau apa yang aku buat..
Alhamdulillah.. aku bersyukur diuji sebegini.. :)

Sunday, April 10, 2011

right now

right now..
semua dah stable..
Alhamdulillah..

betul cakap orang..
Allah uji hambaNya..
mengikut kemampuan seseorang tu..
aku dah lepas dugaan tu..
Alhamdulillah..

the key is simple..


SABAR~

Wednesday, April 6, 2011

Istidraj

pernah terfikir.. kenapa ada manusia..


- cantik/ hensem
- pandai
- social sana sini
- berharta/ kaya
- hidup memang senang
- mintak apa je mesti dapat

TAPI

tak solat.

kenapa ye ? selalu gak nampak orang orang macam ni.. mereka ni berjaya, tapi amalan yang wajib mereka tinggalkan.. menurut sumber, golongan ini dinamakan Istidraj.. haha.. gi la google.. cari makna perkataan tu.. sesungguhnya, Allah itu Maha Adil..