Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Something to be remembered

Assalamualaikum dan selamat 11.26pm

Entry ni macam sedih je. Sebab aku rindu sangat sangat masa aku praktikal semester 4 kat Johor Specialist.

So happy together!

Happy sangat time ni. Bukan setakat tu je. Kat sini aku kenal lagi rapat dengan member aku. Sekepale jugak la kira nya. Lagi satu,  aku dapat kenal dengan junior aku. Memula tu aku pandang slack kat dorang. Bila dah kenal tu, kepala pun sama dengan aku. Giler giler punya beb! Wa cakap sama lu, dorang ni bukan manusia!

Rindunya la mereka mereka ni. Masa ni sangat lah syok. Takde gadoh-gadoh pun. Masing- masing bersekongkol pastu help each other. Aku ponteng dorang cover kan. Dorang ponteng aku pun coverkan. Huhu. Junior pulak, lagi setan. Tapi dorang ni best berkawan. Sangat best!

Huhu. Sebab ni lah aku rindu sangat kat Johor. Tempat paling best aku pernah pergi.  Wuu wuu wuu~

Ni la kami, the bunga :)

Ni pun kami, the kombang :)


Sekarang, nak introduce junior aku yang giler giler. Tak suma dapat amik gambar dorang. Mana yang ada je lah aku tunjuk ea.

naik pangkat daa.

Ni la paling sengal. -.-

Junior aku 4 org atas tu je. Bawah tu orang tua.

Whatever pun, aku sangat bersyukur sebab memory kat sini tersangat super duper lah sweetnye. Walaupun aku tak dapat menggila kat sana lagi, tapi at least aku dapat memori yang sangat sangat best. Thanx yall! I really miss this moment.

Thursday, September 15, 2011

:(


Assalamualaikum semua dan selamat pukul 3.50am.

Lately, aku rasa ada je benda yang tak kena dengan aku. Semacam rasa lain macam. Hah, berbelit ayat. Aku rasa cam tak best. Entah apa lah aku ni.

Mula- mula sorang kawan aku ni nak merajuk dengan aku. Benda kecik je pun. Aku risau orang merajuk dengan aku. Tak kesah la serius ke, gurau ke. Kawan kot. Nak menagis jugak lah dibuatnya. Padahal takde ape pun. Aku pulak dah la tak reti pujuk orang. Sebab aku ada masalh dengan emosi aku. Jadinya, aku bukan pujuk, tapi aku marah. Dah orang tu merajuk, nak marah lagi. Haih, Wafa oh Wafa. Apelah nak jadi dengan kau ni. Sampai kan Puan Mama dengan Kaklong kena pujuk dia. Sumpah aku tak report pape pun. Tetibe je tanya aku apa yang aku dah buat.

Keduanya, orang suruh aku diam. Yep, aku memang banyak cakap. Sana sini semua nak bercakap. Bila bosan je rayau rayau kat kolej. Sakat orang, buat kawan baru, borak borak dengan stranger. Tapi, once orang suruh aku diam, fine, aku diam. Aku buat benda yang betul pun salah, apa lagi kalau aku buat salah. Dah suruh aku diam, aku buat. Lepas tu cakap aku garang. Aku tak marah orang dengan tinggi suara ok. Aku marah orang dengan diam, isolate diri, tak bercakap dengan sape- sape. Aku tak rasa perbuatan aku tu menunjukkan aku garang.

So aku taktau la aku ni emosi sangat ke, gurau kasar ke sampai terasa. Takpe, aku mengalah. Kepada yang merajuk tu, aku mintak maaf ye. Aku tak sengaja. Kepada yang suruh aku diam, kau jangan risau. Lepas ni kita dah nak posting, kau Johor aku Ampang. Kau takkan dengar suara aku untuk 2 bulan. Bahagia lah kau.

Si Perajuk  + Si Penyuruh Diam



Si Penyuruh Diam

Si Pemujuk



LASTLY

p/s : Aku sayang korang. :(

Tuesday, September 13, 2011

Sandy Bulan

Assalamualaikum dear lovers.

Hari ni, aku nak setory pasal roomate aku, Fify Afikah. Kenapa aku buat post pasal dia? Sebab dia tak betul.

Nama dia Nurul Afikah bt MN. Tak boleh kasi nama penuh penuh. Dulu aku panggil dia Sandy Cheek sebab muka dia macam tupai. Lepas tu dia ni suka kat sorang abang X-ray ni. So aku label brader ni Double D. Senang nak cover cover kalau dia ada kat depan kan.

Dia ni suka menari. Macam aku gak. Hahahaha. Erm. Kitorang suka practice tah pape punya dance, pastu gelak gelak sampai berpeluh. Walaupun kitorang tak la lembut macam babi siput, tapi kitorang enjoy je. Lagi satu, Fy ada muka yang fotogenik. Ambiklah gambar dia macam mana sekali pun, gambar dia tetap cantik.

Ouh ye, Double D panggil dia Bulan. Korang rasa kenapa? Hahaha. Aku taknak bagitau sebab nanti aku kena bunuh dengan Fy. Jom tengok betapa fotogenik nya dia ni.






Hahaha. Macam tupai kan? Lagi satu, dia sorang je yang sangkut kat Double D, yang lain semua melepas. Bak kata WinkWink la. Hahahaha. Whatever pun, aku sayang dia! Suka buli aku. Aku pun suka kejar dia. Ada je benda nak bahan. Haha. Ok, thanks for reading. Kbye.

Monday, July 25, 2011

Hey, ni pasal kau lah Sumbek !

Salam semua. Hari ni aku nak cerita pasal member aku. Bukan ngumpat, cuma nak share dengan korang dengan siapa aku berkawan. Haha.

Nama dia, Sumbek. Aku taktau lah nak panggil dia apa. Rasanya nama ni je kot yang orang taktau. Alkisah, dia lelaki. Suka sangat duduk sebelah aku. Aku taktaulah kenapa. Mungkin sebab dia suka kot kena kacau dengan SETAN BESO perempuan cantik. Yelah, aku kan hot. Sila lah muntah sekarang.

Kuat bebel
Dia ni selalu bebel. Bebel bebel bebel bebel. Sampaikan cerita yang sama selalu dia ulang. Aku pun malas nak tegur dia, so aku layan kan jelah. Buat- buat macam aku tak pernah dengar cerita dia. Berlakon memang bakat terpendam aku. Kenapa aku layan? Sebab dia bercerita dengan penuh perasaan, pakej dengan bibir tebal dia. Gebang lah katakan. Hahaha. Kalau masuk pertandingan bercerita, tengok gigi je dah tau dia boleh menang.

Kejam
Sumbek seorang yang kejam! Masa ni dalam perjalanan ke Johor. Dia tak kasi aku tidur untuk 7 jam! Mata aku dah nak terjojol okeyh. Masa tu aku pemalu lagi. Nak taknak kenalah borak dengan dia non-stop! Pergi balik pun macam tu jugak. Tapi on the way balik tu, aku tidur sejam lebih je. Itu pun boleh tak nak jugak kejutkan aku. Bawak kereta macam orang giler. Ciss, bertuah punya budak! Lagi satu, dia kuat membuang angin. Tak kira setiap masa, dimana jua. Tolonglah weyh. Hentikan penderaan hidung kami!

Malu
Dia ni pemalu. Aku harap la sangat ada orang yang terjemahkan maksud malu kat dia. Haih. Malu tak bertempat. Datang rumah orang, tuan rumah jemput makan. Dia kata malu, tapi dia makan macam tak setahun tak jumpa nasi. Malu lah sangat kan. Demm~

Pelik
Ouh ye, dia jugalah manusia yang paling pelik pernah aku jumpa. Dia selalu cakap orang pelik, freak, fishy. Tapi hakikatnya, dia lah manusia lelaki yang paling pelik pernah aku jumpa. Tolonglah normal wahai Sumbek! Aku besin pun kau nak gelak besar.

Tak payah nak buat muka GAY.-.-

Sunday, June 26, 2011

kantoi !

malam ni, 26 Jun 2011..
aku keluar makan kat hutan bandar
dengan atok dan angry bird.
jam tunjuk pukul 1 pagi.
ya, aku sangat lapar !

eh, tipu.
aku kempunan kacang rebus.
aku taktau ape yang buat aku
mengidam sangat dengan kacang rebus tuh..

kemudian

something happened !
ada 3 orang budak hostel aku lari !
kantoi dengan pak guard dengan makcik cleaner.
(makcik cleaner pun kantoi gak ?)

masa nak balik ke hostel dari hutan bandar
ada roll call pula..
member aku ingat kan ada orang lelaki pecah masuk rumah.
bangsat punya pak guard !
pakai masuk je bilik kitorang!
takde adab langsung !
hello, pukul 1.30am kot !
tengah tidur la giler..

lepas tu UM night duty buat roll call..
roomate cover aku, kata aku balik rumah..
dia pun sempat call aku cakap
'wafa kau jangan balik sekarang.'

aku pun rayau rayau dengan atok.
pergi usha usha club kat JB nih.
dalam hati aku masih lagi nak tercabut.
cuak la of course..

usha punya usha kawasan hostel
lelaki dengan perempuan habis usha.
sebab pak guard buat round naik motor.
last last,
aku panjat tembok dari hostel laki
ke hostel perempuan.

akhirnya, aku pun berjaya diseludup masuk.
budak yang hilang tu, 3 orang semuanya.
diorang bertiga tersempak dengan pak guard.
aku lepas la kira nya.
tapi macam mana pun, aku kena prepare.
takut apa apa jadi.

konklusi
aku keluar pergi makan je. untung aku dapat kawan yang awesome ! aku faham susah nak buat plan giler macam ni.

p/s :
mission ni mengambil masa 1 setengah jam, dari pukul 1.30am hingga 3.00am.

Wednesday, May 4, 2011

A1-1-8

dear housemate ku..
korang la paling giler..
tetiap hari ade je benda baru..

cuci muka guna garam..
buat spa muka dengan ais..
pakai inai ramai ramai..
nak pekatkan lagi inai tu gune minyak kapak..
habis sebotol minyak kapak aku tuh..

datang bilik aku
semata nak tengok cermin je..
lepas tu main clubbing..
pasang speaker kuat kuat..
main musical chair..
celebrate besday Zaza..
tengok video ketiak basah..
main game hotel, spongebob, feeding frenzy
lepas tu paling best, men mak mak..

hahahaha.. kecoh bebeno rumah tu..
tapi serius rindu korang..


housey : org myanmar, rarami, zaza, ellot, amai, sonam jaan, granny, ngan moyang..

Thursday, March 10, 2011

aku dah dapat mereka semua..

kau..
aku dah dapat kau..
terima kasih...
aku dah tegur kau..
aku dah dengar suara kau..
kau pun dah dengar suara aku..
cuma aku agak emosi lately..
tu yang aku tachink bila peluk kau..
sayang kau ! :)




kau pulak..
aku pun dah dapat kau balik..
kau yang bermasalah..
kau yang dah sombong dengan aku..
kau yang dah happy kan aku satu masa dulu..
itu je yang dapat aku balas.. harap kau suke..
terima kasih kau..
sayang kau jugak ! :)


p/s : jangan la hilang lagi.. aku sayang kau.. :(

Thursday, February 10, 2011

aku tengah belajar lagi laa..

tadi aku gadoh besar dengan sorang pompan.. also known as SH..aku geram sangat dengan dia ni, sebab hati dia tu tetibe je nak bengkak dengan aku.. orang lain marah jugak, tapi takde lah sampai berbulan bulan..


bungop la dia tuh.. kalau aku ada time tu, mata nak jeling jeling, buat buat tak nampak pulak.. kalau Allah tarik balik nikmat mata tu, baru padan muka kau.. kau terasa dengan aku, cakap la depan depan.. ni dok la tarik muka berminggu minggu lama nye.. pehal la bengkak sangat hati tu?


time gadoh tadi, kau panggil sume orang untuk tengok kau dengan aku gadoh gadoh.. perlu ke panggil sume orang ? apsal ? kecot ?? nak reramai back up kau ? ah, blah la lu minah ! aku bley defend diri aku sendiri.. kau tu yang tah pape nak nanges tak tentu pasal.. aku belum cakap pape lagi...





kau suke gadoh physically.. well, aku suke gado mentally.. aku psycho orang.. bukti, aku tak cakap pape pun lagi, kau dah melalak giler giler depan sume orang.. konon nak nampak kau tu yang baek, aku ni jahat.. aku kena kan kau.. ha,padan lah muka.. sape suruh pandai sangat..



kau tak puas hati dengan aku, cakap dengan aku.. one on one laa.. perlu ke kau lepas kan kat orang lain ? orang yang tak bersalah jadi mangsa.. kawan kawan aku kat sini, kawan kau jugak.. kau pernah buat taik kat orang, pastu kau makan balik taik kau tu.. eee, pengotor la kau ! busuk sebusuk hati kau..

**********

ye, aku ada cakap jugak hari yang lepas, orang yang kuat adalah orang yang berjaya mengawal kemarahnnya.. last last, aku marah jugak.. memang macam gunung berapi meletop la.. aku marah kat kau sebab kau kena kan orang yang tak bersalah.. orang yang takde kene mengena.. diorang ni anak buah aku.. aku kena jaga dorang, macam aku jaga kau.. patut lah takde orang nak kawan dengan kau..


well, aku susah nak marah orang, ape lagi nak maki maki orang.. kalau aku dah start maki maki orang, itu memang aku dah tak boleh sabar.. aku bukan pendendam macam kau.. selagi aku boleh sabar, aku sabar.. 



p/s : life's getting tougher and tougher every second..yet, I am still learning it..

Wednesday, February 9, 2011

f.r.i.e.n.d.s

"Friends are like shoes
some loose some tight
some fit just right
they help you as u walk through life
thanks for being my size"



Monday, January 31, 2011

post ini untuk kesayangan aku, MIRANISA

dear miranisa winkwink..

aku nak thanx bebanyak kat kau.. 
banyak giler giler iler la banyaknye..
aku aprreciate giler..
sebenarnya agak tensi jugak la tak dapat nak repair benda nih.. 
hampir hampir nak delete je blog nih..
thanx nisak ! sayang kau la!
nanti aku belanja kau makan okeyh.. 
tolong ingat kan aku yea..

Thursday, January 20, 2011

for the sake of my friends

huh.. after awhile..


finally I have decided..


for the sake of my friends..


my beloved friends actually..


i will cancel the deletion of my FB..




kepada kau..

even though kau tak baca, aku nak cakap jugak..
kau takde hak nak marah marah aku..
kau bukan bini orang..
pemikiran kau tak matang lagi..
kau tak open minded
and yang paling penting, kau taktau situation sebenar..



so, F word for u !

Tuesday, January 18, 2011

those sweetest memories will remain in our hearts forever















 








aku rindu korang la.. wuu..

Monday, January 17, 2011

lover vs kawan

kalau tanya aku, pilih antara lover and kawan..

aku pilih kawan..


sebab..

kawan ada time aku susah atau senang..
lover pulak, time time tertentu je boleh cakap..


lagipun.. baru level lover. bukan husband..
bila dah jadi husband, lain la cite nye..


so, i love u my friends..


aku happy bila korang ada.. serius!
tak kesah la kawan laki or perempuan..
aku tetap sayang..


sebenarnya..

kawan kawan la lover aku..



so.. i'm in love with my friends.. :)

Tuesday, January 11, 2011

ini kisah dia punya

erm.. entry kali ni atas permintaan seorang kawan aku.. dia nak aku story cene aku kenal dia.. haih.. pelik betul budak ni.. tapi tak sepelik syazwan shahdan


pada sem 1, aku posting kat ampang putri..kisah nye dah setaun yang lepas kut.. kawan aku ni sama kolej dengan aku, cuma dia amik course imaging.. nama dia.. heh, nak mention ke? takyah laa.. nanti dia malu. cett !


ahaha.. hari itu.. ward seperti biasa.. busy memanjang.. time tu aku baru sem 1.. alahai, apa je la yang tau.. jadi despatch je.. kemudian.. aku kena pegi turun ke x-ray, untuk amik result patient sebab kejap lagi doktor nak datang buat round.. apa lagi, kelam kabut aku lari ke bawah.. guna tangga wooo dari tingkat 5..


aku pun cambese, amik result x-ray.. nak kena amik result tu pulak kena isi dalam satu buku kecik.. so that kalo result tu hilang, boleh trace balik sape yang amik.huhu.. aku pun dengan bahagia nya amik result tu and terus ke lif.. penat r turun naik tangga tingkat 5..


tengah aku tunggu lif, member aku ni pun sampai sambil bawak patient guna wheelchair.. pintu lif pun terbukak.. aku masuk lif dulu untuk tahan pintu.. karang terkepit lak patient tu.. oleh sebab member aku ni taktau patient tu ward mana, dia suruh aku hantar..


kebetulan patient tu sama floor dengan aku, which is level 5, cuma ward lain lain.. at the same time aku kena hantar result x-ray nih.. so aku exchange dengan dia.. dia amik result aku, aku hantar patient dia.. aku cakap kat dia letak kat counter ward 5B.. dia pun kata ok..

huh.. penat.. lepas aku hantar patient tu, aku pegi tengok counter ward aku tu.. result tu hilang! cehh.. dah la benda tu atas name aku.. mati aku kalau hilang.. nasib baik dokter tak sampai lagi.. sepantas kulat, aku pun lari balik ke bawah.. aku cari balik result tu takde.. Ya Allah.. mana lah pulak budak ni letak?!


aku cari balik dia.. time tu aku tengah lapar+penat+marah+nak pengsan kepenatan.. dengan tak sengaja, aku termarah dia depan semua staff kat x-ray.. sorry der ! semua orang pandang aku serentak.. last last, member aku tu cakap dia letak balik kat counter depan.. heh.. rasa nak bunuh je dia time tu.. serius.. hahaha.. dia lak boleh lagi gelak gelak, sengeh sengeh.. heh.. tarik rambut kau karang !!


erm.. so, aku dapat balik result aku tu.. terus aku lari ke pantry untuk makan BrUnch (breakfast + lunch).. haha.. erm.. cara terganas aku kenal orang.. haha.. pape pun, member aku tu baik orangnya.. sayang kau la!


jangan wat muke camtu la ! tendang kang!

p/s : aku tau kau dah bace.. hahaha.. dah, aku takde utang dengan dengan kau..