Monday, September 19, 2011

Lelaki idaman


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin
 
Biarpun wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah, namun terdapat beberapa tip utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.

Berikut adalah tip daripada Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali.
  1. Jadi seorang lelaki sejati
  • Tidak perlu tampil gagah perkasa tetapi maksud sejati yang diidamkan wanita adalah berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati.
  • Katakan dan luahkan yang benar, bukan menyembunyikan fakta hingga yang dusta mewujudkan duka.
  • Mampu menjadi ketua, ketua yang mampu melindungi.
  • Mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan wanita.
  • Wanita juga tidak suka ditipu dan didustai. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau bohong sunat. 
  • Biar kenyataan itu terlalu pahit, nyatakanlah ia kerana wanita boleh memaafkan kesilapan tetapi tidak mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. 
 
 2. Ambil berat dan prihatin
 
  • Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya.
 
  • Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatan, emosi, ujian kehidupan, perkara kegemaran malah cerita-cerita lucunya. 
 
  • Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.
 
3. Komunikasi unggul
 
  • Wanita ingin sentiasa didampingi, secara emosi.
 
  • Sentiasalah bertanya khabar. Penantian tanpa sebarang maklum balas boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan.
 
  • Sentiasa berterus terang, jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana ketika itu anda perlu lakukan sesuatu yang lebih penting.
 
  • Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada.
 
4. Terima dia seadanya
 
  • Terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah.
 
  • Wanita sanggup berusaha sedaya upaya melakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain.
 
 

No comments: