Saturday, August 14, 2010

4th ramadhan

Alhamdulillah, aku dah pun menghabiskan 4 hari pertama dalam bulan puasa ni.. minggu ni aku balik rumah maklang.. memang tak plan sebenarnya.. sebab madam Azlinda bagi balk awal, so aku pun decide nak balik.. mggu depan dah balik macam biasa, kul 5.. huhu.. apa yang aku nak story ni? pasal macam mana aku boleh demam.. hahaha..

ok, memula aku balik hostel dulu.. dah siap packing suma, aku pun pegi la ke larkin naik teksi.. huhu.. kat situ ke dah habis rm14 hengget.. huh ! aku sampai dalam kul 3.30pm.. aku cepat-cepat beli tiket sebab takut habis.. pakcik tu kata, as ke shah alam akan bertolak sekarang.. ntah macam mane driver bas tu cakap kul 4.30pm bas bertolak.. aduh ! lagi sejam aku kena tunggu.. aku sempat beli air mineral dengan bun roti ikan bilis untuk berbuka dalam bas.. aku tak nak beli makanan banyak banyak sebab nanti takut tak habis..

lepas tu bas pun datang.. aku orang pertama naik bas.. nasib baik time puasa ni, Allah menguji kesabaran aku.. bas sepatutnya bertolak pukul 4.30pm, tp disebabkan bas tak penuh lagi, kena tunggu lagi 10 minit.. Ya Allah, nak mencarut je rasa.. akhirnya bas bertolak pukul 4.50pm.. haih, bazir masa saja.. kalau nak ikutkan hati, nak je aku beli cool blog.. sejuk sikit bila minum dalam bas.. huhu..

bas pun dah jalan.. dan aircond yang mereka pasang sangat la kuat macam peti ais.. memandangkan aku sorang je melayu yang berpuasa, aku menggigil kesejukan.. sebelum ni tak pernah pun bas yang pasang aircond sekuat macam tu.. aku pun tabahkan hati.. bas tu pula tak singgah mana-mana.. so nasib baikla aku da beli bun awal awal.. selama 5 jam. aku menggigil kesejukan.. aku tertido dalam bas, setengah jam kemudian aku terjaga.. sakit kepala dibuatnya..

akhirnya tepat pukul 10 malam bas pun dah sampai ke destinasi aku, iaiu shah alam.. sesampainya kat stesen bas, aku terus beli tiket untuk balik ke johor.. takut tiket habis dalam bulan puasa ni.. aku tunggu mama sampai.. then, aku tengok hp, mama call.. rupa rupanya kakling yg call.. dia marah marah.. aku dah la penat, lapar, sejuk and letahrgic sangat sangat.. tetiba dia marah marah lak.. nak menangis je rasa.. 5 jam perjalanan, mestilah badan penat.. sehari suntuk tu aku tak ada rehat.. aku dah macam orang nak mati time tu.. punya lah aku excited nak balik shah alam, sesampai je kene marah.. timbul rasa menyesal balik minggu ni..

kesimpulan nya, aku demam hari ini.. sudah la inhaler tertinggal kat hostel, badan dah mula start batuk batuk.. huhu.. ahad nanti nak balik, harap takkan ulang benda yang sama macam hari jumaat lepas.. kat sini pun kaklong asyik marah marah aku je.. tension dibuatnya ! aku tengah tak sihat, layan aku macam aku ni sihat je.. sabar je lah.. lepas ni aku takkan balik lagi dah.. starting mood aku excited nak balik sebab smua orang ada kt rumah, bertukar jadi sedih yang amat sangat.. dorang tak pernah rasa kot betapa penatnya balik from johor ke shah alam, sorang sorang, and pandai pandai la jaga diri..

kalau nak marah, marah la.. aku diam je.. malas nak lawan.. apa apa pun, aku menyesal balik rumah minggu ni..

No comments: