Monday, September 26, 2011

First night shift at A&E

Assalamualaikum dan selamat 3.37pm.

Semalam hari pertama aku shift malam kat A&E, (Accident and Emergency). Department ni memang tough! Siang siang hari pun bagai nak terccabut kaki ni kan pulak malam. So kat sini aku nak setory experience aku.

Start kerja pukul 9 malam. Since aku datang sampai lah pukul 2 pagi tak henti henti patient datang. Semua zon penuh. Trauma zone, Yellow zone, dengan Green zone. Bilik doctor pun jadi tempat letak patient. Punya la crowded A&E ni. Ada yang unconscious, ada yang cardiac arrest, ada asthma, diarrhea, high blood pressure, macam macam lagi lah.

Patient dekat Trauma atau Red zone kena buat ECG (Electrocardiogram),oxygen saturation, administer medication, hantar pergi x-ray dengan set line. Itu baru Trauma zone. Tak masuk lagi Yellow dengan Green. Sibuk sana sini dengan Triage. Aku yang dah nguap bergelen gelen pun terus hulang ngantok. Mencabar betul duduk kat A&E ni. Memang masak habis.

Dah selesai settle kan patient naik ward semua, baru lah lengang kat kaunter tu. Tengok jam dah pukul 2 pagi. Aku dengan member aku sorang tolong kemas kan apa yang patut. Dalam pukul 3 macam tu baru betul betul free. Dah penat kerja, kakak staff nurse ni ajak makan. Kitorang pun makan la dalam pantry, take turn. Kalau tak siapa nak attend patient yang urgent kan?

Department start busy balik pukul 4 pagi. Mostly babies. Nak set IV drip punya lah banyak. Adult so far takde pagi tadi. Kepala aku memang dah pusing pusing. Tak tido kot the whole night. Sempat makan je. Itu pun nasib baik ada masa. Lastly, masa yang dah ditunggu tunggu sampai jugak! Jam tunjuk pukul 7 pagi.

Haha, kakak staff nurse dah kasi balik, cecepat amik beg terus keluar. Baru je nak langkah kaki, ada satu kereta ni, bawak sorang lelaki pakai helmet berhenti kat depan A&E. Aku pelik tengok dorang ni. Aku dah agak mesti accident sebab takkan la pakai helmet dalam kereta kan. Cecepat ambik wheelchair, attent patient masuk terus ke Trauma zone.

Badan dia full dengan darah, gigi dah takda, ada unidentified foreign body kat mulut dia maybe kaca kot, kaki lebam. Dia tak boleh bercakap and dia dalam keadaan sedar. Aku tengok patient aku cakap 'Fuyyooo!'. Hahaha. Ehem, sorry, aku takda perasaan geli or ew ew ew kat patient macam ni ok. Hati kering kata mama. Hahaha. Erm. Cecepat amik gamgee, lap darah kat tangan patient, bagi vomit bowl untuk ludahkan darah yang ada dalam mulut.

Mulut punya lah merah, ludah tak keluar darah pun. Rupanya yang kat mulut dia tu gusi. Gusi yang dah koyak. Nak tarik takut sakit, nak biar je kat mulut buruk benar rupanya. So biar je lah. Takut jadi makin teruk pulak. Darah terlalu banyak sampai terkena uniform aku. Orang pandang pelik je. Siku karang baru tau. Aku tak sempat lah nak attend patient sampai stable. Kakak dengn abang staff nurse suruh balik. Padahal aku okeyh je nak attend patient tu, cuma member aku sorang nak balik cepat. Mata dia dah tak tahan ngantuk.

Macam panjang je aku tulis ni. Boleh masuk diary ni. Hahaha. Ok, nak tido balik, malam karang kerja lagi. Thanx for reading! Kalau rasa nak muntah, sila muntah kat muka musuh korang.

1 comment:

saidatul syahirah bt mohd ya'acob said...

sumpah menakutkan -_-
macam dah boleh pengsan kat situ kalau ada kat situ
HAHAHAHA