Saturday, August 6, 2011

Rindunya nak puasa kat JB

Salam dan selamat berpuasa semua.

Ramadan tahun ni aku sambut kat kolej Nilai dengan kawan- kawan yang lain. Ni tahun kedua aku sambut Ramadan dengan kawan- kawan. Ya, kolej tak kasi cuti. Demmit.

Kedai Mamak Osman
Ini lah kedai mamak terbaik pernah aku jumpa! Otak- otak Kempas dia memang puaka lah! Rasa macam makan sekali je, tetiba dah habis. Dia punya ayam goreng pun, boleh makan 2 3 ketul la. Ice blended dia jangan cakap la. Tak payah susah susah pergi Starbucks, KFC. Mamak semua kat sana baik. Sayang kat kitorang.




Ice blended yummeyh!


Kedai Makan Kelantan
Ni pulak, jual makan goreng- goreng. Aku suka makan kuey teow ladna. Kuah dia tak payah cakap la. Melimpah ruah, penuh dengan kuey teow. Teh ais sini pun terbaik! Walaupun brader kat sini macam gatal, tapi kitorang suka makan situ sebab dia tak kedekut tisu. Hahaha.


Bazaar
Siapa kata susah nak pergi bazaar? Depan hostel je kot. Lintas jalan kecik. maka sampai lah kat bazaar. Ada cendol, ABC, nasi ambang, air katira, ayam percik, macam macamlah! Bazaar tak lah panjang sangat, tapi puas. Feveret aku dulu nasi ambang. Nasi ni ada kat JB je. Tempat lain takde. Cendol pulut, char kuey teow, cakoi, kuih akok, pergh! Wa cakap sama lu, pusing 5 6 kali pun taktau nak makan apa.


Kedai Makan Mak Yam
Ha, yang ni pulak kira macam kafe kat kolej. Masakan dia macam masakan mak- mak. So sesape rindu masakan mak, datanglah sini. Haha. Mak Yam punya trademark is donut! Donut biasa je, yang ada gula tu. Tapi sedapnya, voila ! Kalah Big Apple woo. Lembutnya, empuknya. Terliur la pulak.

Surau
Hahaha. Ni port terbaik untuk perempuan yang berbendera jopong. Jamuan makan kat belakang. Ingat lagi aku lelari bawak air dengan nasi beli kat Mak Yam, pergi surau, makan cecepat dengan yang lain. Share biskut lah, air lah, kek lah. Hahaha. Syoknyee!

Surau besar gilo!


Huhu. Rindunya nak puasa kat JB. Kalau boleh nak datang lagi sana. Walaupun dah berjuta kali kaki aku jejak JB, still tak puas lagi.

2 comments:

yuyuy ekyn said...

wafa.air katira la.bkn katrina.huhhu.ice blended osman mmg superb cool.sgt best. :)

WaFa ShaHiRaH said...

ek. hahaha. tenkiu tenkiu ! patutlah macam pelik~