Friday, July 29, 2011

Hukum Puasa: Adakah Sah Puasa Jika Meninggalkan Solat?

Salam semua.

Beberapa tahun lepas, aku pernah tanya mama, 
"Ma, kalau orang tu tak solat tapi dia puasa, apa hukum dia?"

Mama diam sekejap, lepas tu dia pun jawab,
"Hmm. Puasa dia sia- sia. Rugi je tahan lapar haus, tapi tak diberkati, tak dapat pahala.. Rugi serugi- ruginya."

Ok, aku buat research pasal ni. Aku tengok kawan- kawan aku sendiri ramai yang macam ni. Solat tinggalkan macam tu je, tapi puasa. Rajin puasa pulak tu. Siap bayar nazar lagi. Pergh, kalah aku woi ! Dorang lebih beratkan puasa daripada solat. Bila tanya jawab puasa. Bila ajak solat cakap nantilah. Haih.

Dalam Rukun Islam sendiri, yang kedua adalah Solat, ketiga baru lah Puasa. Dedua ni wajib ditunaikan. Jadi, berbalik pada soalan di atas, macam mana hukum sesorang itu? Dedua wajib, tapi satu tak ditunaikan. Aku pun blur pasal ni.

Jawapannya...

Pendapat yang rajih (majoriti, utama, berat), orang yang meninggalkan solat secara sengaja, ia menjadi kafir dengan kekufuran yang nyata. Kerana itu, puasanya tidak sah, demikian pula ibadah-ibadah lain yang dilakukannya sampai ia bertaubat kepada Allah.

Solat tu kan wajib. Kalau ditinggalkan dengan sengaja maka sesorang itu telah kafir. Sebab tu lah puasa tu sia-sia. Setakat tahan makan minum. Berlapar dari pagi sampai petang, takde pahala pun. Alangkah ruginya!

Ramadhan dah dekat. Kita tak tau mungkin Ramadhan kali ni yang terakhir buat kita. Oleh yang demkian, Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak. :)

2 comments:

M Y S H I said...

betol2 . . susah sangat ke nak solat bbrp minit sdgkan puasa berjam2. . .solat pun ssh ke . pelik betol.

nawal shahirah said...

memang betol pon. solat tuh kan tiang agama? dah tak solat macam lebih kurang takde agama je. smalam tgk ceramah kt tv, ustaz kate org melayu ni anggap puasa mcm satu adat, bukan satu ibadah. sebab tu diorng nih puasa tp hal ibadah yg lebih penting ditinggalkn. hopefully ramai yg bace post ni. masyaAllah, such a great reminder. :)